Pengenalan

Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga anggota Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.

Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran. Koperasi perlu ke arah perniagaan yang bermatlamatkan keusahawanan untuk memastikan ia berjaya selain dari mengekalkan perniagaan kredit traditional seperti yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.

Bagi meraih peluang perniagaan baru yang disediakan dan mengukuhkan aktiviti perniagaan dan pelaboran sedia ada, satu pelan strategik koperasi telah dibentuk bagi memastikan arah tuju perniagaannya mengikut perancangan yang telah digariskan.