Bangunan KGMMB No 720 Jalan Sentul 51000 Kuala Lumpur 03 40411723 admin@kopkgmmb.com.my Isnin - Jumaat: 9:00 - 14:00(PKP)

Notis Mesyuarat Agung Kawasan 2020

S
ukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi KGMMB Berhad akan diadakan secara maya pada 15 dan 16 Oktober 2021. Negeri-negeri yang terlibat adalah Terengganu, Kelantan, Johor dan Wilayah Persekutuan. Sila rujuk Jadual mesyuarat yang disediakan. Semua anggota yang terlibat boleh mendaftar masuk kehadiran seperti pautan di jadual mesyuarat.
Anggota Koperasi juga boleh mencalonkan perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan seperti yang ditetapkan untuk setiap negeri. Borang pencalonan hendaklah dilengkapkan dan dihantar secara emel sebelum atau pada 11 Oktober 2021 jam 3.00 petang.

Pengenalan

Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.

Keanggotaan

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada guru-guru Melayu (Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Melayu) yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran dan Tenaga Pengajar Melayu yang berkhidmat di Kolej/Institusi Pengajian Tinggi yang menjadi ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat.

Pembiayaan

Koperasi KGMMB Berhad menawarkan pembiayaan yang menarik kepada anggota-anggotanya. Tiada Penjamin, patuh syariah dan mudah.

TPKA

TPKA atau nama penuhnya Tabung Pendidikan dan Kebajikan Anggota telah dilancarkan pada Januari 2014. Tujuannya adalah untuk memberi manfaat tambahan kepada anggota-anggotanya.