Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Anggota

Tabung Pendidikan dan Kebajikan Anggota atau nama singkatannya TPKA telah diujudkan pada Januari 2014 bagi memberi manfaat tambahan kepada anggota-anggotanya.

Faedah TPKA

1)Melanjutkan Pelajaran

2)Kecemerlangan Dalam Pelajaran

3)Kematian

Syarat-Syarat Permohonan

1. Anggota dan staf yang telah mencarum cukup 6 bulan potongan. 
2. Tuntutan berlaku selepas diterima menjadi anggota koperasi. Bermaksud, tuntutan layak dipertimbangkan setelah anggota mencarum dan peristiwa berlaku selepas penerimaan caruman. 
3. Setiap tuntutan hendaklah dituntut dalam tempoh satu tahun peristiwa berlaku kecuali Faedah Bersara. 
4. Tuntutan Faedah Hospital dan Bencana Alam boleh dituntut sekali sahaja dalam tahun semasa. 
5. Tuntutan melanjutkan pelajaran bagi suami / Isteri / Anak hanya boleh dituntut sekali sahaja kecuali Anggota boleh menuntut di setiap peringkat. 
6. Melengkapkan Borang Permohonan TPKA-4 dan disertakan dokumen sokongan yang telah disahkan. 
7. Caj perkhidmatan bank akan ditanggung oleh pemohon.