Keanggotaan
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada guru-guru Melayu (Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Melayu) yang berkhimat di Kementerian Pelajaran dan Tenaga Pengajar Melayu yang berkhidmat di Kolej/Institusi Pengajian Tinggi yang menjadi ahli Kesatuan Guru-Guru melayu Malaysia Barat.
Syarat-syaratKeanggotaan
- Warganegara Malaysia.
- Berumur lapan belas tahun ke atas.
- Bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi koperasi ini
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Faedah MenjadiAnggota
Dividen
Memperolehi dividen atas pelaburan setiap tahun tertakluk kepada keuntungan.
Pembiayaan
Kemudahan pembiayaan Koperasi yang menarik tanpa penjamin.
Khairat Kematian
Sumbangan Derma Kematian antara 10,000 hingga RM30,000 dan sumbangan pengebumian RM1,000(tiada had umur) kepada waris/penama anggota yang aktif.
Tabung Pendidikan & Kebajikan Anggota
Memberi sumbangan Melanjutkan Pelajaran, Kecemerlangan Anak, Kematian, Persaran, Bencana Alam dan Masuk Hospital kepada anggota, suami/isteri anggota, anak dan ibubapa.
Bayaran CarumanBulanan
Jenis Bayaran | RM |
---|---|
Pendaftaran masuk(Sekali Sahaja) | 20.00 |
Modal Yuran | 30.00 |
Derma Kematian | 6.00 |
Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Anggota | 10.00 |
Jumlah Caruman Bulan Pertama | 66.00 |
Jumlah Caruman Bulan Berikutnya | 46.00 |