Pengenalan

Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 bertujuan memajukan perniagaan kredit kepada angotanya yang juga ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat. Langkah ini diambil bagi membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.

Sample title

Keanggotaan

Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada guru-guru Melayu (Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Melayu) yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran dan Tenaga Pengajar Melayu yang berkhidmat di Kolej/Institusi Pengajian Tinggi yang menjadi ahli Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat.

Sample title

Pembiayaan

Koperasi menawarkan skim pembiayaan tanpa penjamin kepada anggota-anggotanya. Pembiayaan tunai sehingga RM100,000 dan Pembiayaan Pengguna untuk pembelian barangan pengguna seperti Telefon Mudah Alih, barangan kemas dan sebagainya sehingga RM50,000.

Sample title

TPKA

TPKA merupakan singkatan kepada Tabung Pendidikan dan Kebajikan Anggota. Menerusi tabung ini anggota akan diberi manfaat Melanjutkan Pelajaran, Kecemerlangan Pelajaran Anak, Bencana Alam, Kematian, Faedah Hospital dan Faedah Persaraan.